fbpx

Resipi Burger Makaroni Hipster

Pada zaman yang serba maju ini, banyak snek atau makanan yang diubah ala-ala hipster. Kami nak kongsi resipi yang mudah tapi sangat menyelerakan ini, untuk dijadikan makanan tengah hari atau makan malam anda.

Berikut ialah ramuan yang diperlukan:


Burger Makaroni

  • 200 gm makaroni
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu teh garam
  • serbuk lada hitam untuk perasa
  • 2 cawan susu cair
  • 2 cawan parutan keju mozzarella
  • 1/4 cawan parutan keju cheddar

Bahan Batter :

  • 1 cawan tepung beras
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1 cawan air
  • 1/2 sudu teh garam

Bahan Salutan:

  • 4 cawan cornflakes di ramas kasar

Bahan Burger :

  • 4 keping daging burger, perap sos BBQ
  • 4 kepingan keju cheddar
  • 2 biji tomato, hiris nipis
  • Daun salad
  • Kobis hiris halus

Macam Mana eh?


1. Masak air sehingga mendidih dan masukkan garam, macaroni dan masak sehingga lembut. Selepas siap, keluarkan air dan masukkan sedikit minyak supaya tidak melekat. Seterusnya, masukkan mentega dalam periuk dan gaulkan dengan tepung, garam dan lada hitam.

2. Tuangkan susu cair dan kacau sehingga rata. Masukkan parutan mozarella dan cheddar dan kacau. Apabila keju sudah cair, masukkan macaroni dan gaul sehingga bersalut rata.

3. Bentukkan macaroni dalam bentuk bulat dan tekan sehingga padat. Keluarkan dalam acuan dan masukkan ke dalam peti sejuk sehingga keju mengeras. Satukan bahan batter dan pastikan adunan tidak terlalu pekat atau cair. Celup burger macaroni ke dalam batter dan gulingkan ke atas bahan salutan. Kemudian, panaskan minyak dan goreng hingga kekuningan. Angkat dan ketepikan dulu.

4. Panggang daging burger dan apabila sudah masak, lapiskan macaroni dengan salad, kubis dan tomato, keju (terpulang kepada anda) dan lapiskan atasnya dengan satu lagi macaroni. Sedia dihidangkan

Ini mungkin boleh jadi satu alternatif kepada jenis-jenis makanan yang dihidangkan pada tetamu sewaktu majlis keraian. Confirm ramai yang teruja bila dihidangkan burger makaroni betul tak? Lain daripada yang lain!

Kredit: Tasty.co, Oleh: Mar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *