fbpx

Jom Masak Ayam Masam Manis Dengan Nenas Dengan 6 Langkah.

Min sebenarnya rindu nak travel. Korang rindu tak? Untuk beberapa tahun yang lepas, selalunya masa ni min mesti dah ada di Bangkok, Thailand. Kenapa Bangkok? Sebab min peminat tomyam yang tegar! Kalau nak ikutkan apa-apa masakan dari negera Thai tu memang min suka.

Oleh kerana kita pun tak pasti bila pandemik Covid-19 ni akan berakhir, apa kata min kongsikan cara-cara untuk membuat Ayam Masam Manis dengan Nenas yang selalu terdapat dalam menu di restoran-restoran masakan Thai. Kulit nenas tu jangan dibuang tau. Selalunya mereka hidangkan masakan ini dalam kulit nenas itu sendiri. Manalah tau, boleh lah ‘feeling’ macam tengah bercuti di kota Bangkok atau tengah makan di tepi pantai di Pattaya sambil ditiup angin sepoi-sepoi bahasa kan? Jom kita cuba!

Bahan-Bahan:

300g dada ayam, potong dadu

3 sudu besar tepung jagung atau tepung gandum

1/2 biji cili benggala hijau (green capsicum)

1/2 biji cili benggala merah (red capsicum)

1 biji bawang besar

1 biji telur

3 ulas bawang putih, hiris nipis

1 inci halia, hiris nipis

1 biji tomato, potong dadu

1 sudu besar kicap cair

4 sudu besar sos tomato

2 sudu besar sos cili

1/2 sudu besar serbuk lada hitam

1 sudu besar cuka beras

Nenas, potong dadu (pilihan anda)

Daun bawang

Garam dan gula secukup rasa

Kulit buah nenas

Cara Penyediaan:

  1. Potong ayam bentuk dadu dan perapkan dengan kicap cair, tepung jagung, serbuk lada hitam dan garam selama 20 minit.
  2. Potong nenas dalam bentuk dadu tapi jangan dibuang kulitnya. (rujuk pada video cara-cara memotong nenas)
  3. Kemudian, celup perapan ayam tersebut di dalam telur dan salut dengan tepung jagung satu per satu ke dalam minyak panas di dalam kuali dan goreng hingga kegaringan. Angkat tepi dan biarkan ia sejuk sedikit.
  4. Seterusnya, panaskan minyak dalam kuali dan tumis cili benggala hijau, merah, bawang besar, bawang putih dan halia hingga naik bau.
  5. Kemudian masukkan sedikit cuka beras, gula dan sos tomato, sos cili dan nenas yang telah dipotong dan gaulkan. Untuk lebih berkuah, masukkan sedikit air yang telah dibancuh dengan 1/2 sudu besar tepung jagung supaya kuah lebih pekat.
  6. Masukkan ayam yang telah digoreng tadi dan garam secukup rasa.
  7. Angkat dan hidangkan di dalam kulit nenas bersama dan hias dengan hirisan daun bawang dan bijan jika suka.

Bunyi macam susah tapi sebenarnya amat mudah! Makan dengan nasi panas tanpa lauk lain pun sudah memadai. Eh, min pun dah terliur sambil taip resepi ni untuk korang cuba. Kalau kurang jelas, tonton je video di sini ok?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *