Resepi Ayam Goreng Sambal Hijau

Ayam Cili Hijau

Resipi Ayam Goreng Sambal Hijau. Who don’t like spicy? Masakan yang guna sambal cili hijau ni biasanya kesukaan semua orang. Resepi ni memang masakan asli dari Johor memang bertambah kalau mak kita masak. Min nak sharekan resepi yg senang untuk korang ikut dan cuba masak untuk family. Suami dan anak-anak boleh tambah dua pinggan. Kalau ada anak kecil maybe mama boleh kurangkan sedikit pedas. Maklumlah anak-anak memang suka mencuba dan ikut apa yang kita makan. Kat sini min dah listkan barang-barang yang diperlukan. Min bahagikan dua bahan A dan bahan B. Bahan B korang boleh kisar kasar-kasar ok.

Bahan A

6 ketul ayam

2 batang serai|diketuk

1 labu bawang besar |hiris kasar

2 biji limau kasturi

Minyak masak

Serbuk kunyit

Garam secukupnya

Bahan B (bahan kisar)

7 biji cili hijau

7 biji cili api hijau

5 ulas bawang merah

1 biji bawang besar

3 ulas bawang putih

1 inci halia

CARA PENYEDIAAN:

  1. Gaulkan ayam dengan kunyit dan sedikit garam. Goreng ayam dulu, goreng hingga masak atau separuh masak.
  2.  Tumis bahan B yang dikisar dan masukan serai yang dititik tumis sehingga wangi dan pecah minyak. Pastikan bahan kisar ditumis hingga betul- betul masak untuk elakkan rasa maung/kurangmasak cili nanti sakit perut pulak! Jangan guna api yang kuat pastikan api dalam keaadaan sederhana.
  3. Kalau nak berkuah, tambahkan sedikit air, ingat jangan letak banyak-banyak. Masukkan ayam yang telah digoreng dan tambahkan garam/gula sebagai perasa. Kacau rata dan tunggu sampai kuah sedikit kering.
  4. Masukkan bawang besar holland yang dihiris dan kacau rata. Kalau pedas sangat bolehlah tambah sedikit gula ya! Bila bawang dah layu, perahkan limau kasturi dan bolehlah padamkan api.

Senang kan resepi ayam goreng sambal hijau ni? Cuba tau! Nak lebih senang cari barang dapur, beli je bahan-bahan untuk resepi ini di www.gogopasar.com atau muat turun aplikasi Gogopasar di Google Playstore hari ini! Daftarlah dengan Gogopasar untuk dapatkan promo terbaru dari kami. Selamat mencuba !!!!

Ayam Cili Hijau