Gogocare & Yayasan (PEACE)

Gogocare ialah sekretariat  kepada Yayasan Pusat Polisi Dan Hal Ehwal Ekonomi Malaysia (PEACE) bagi mencapai hasrat memberi manfaat kepada kelompok komuniti sasaran. Visi kami adalah untuk menyelaraskan segala bantuan bagi keluarga Asnaf agar mereka dapat memiliki barang keperluan harian, makanan serta meningkatkan kehidupan mereka dengan lebih baik lagi.

Gogocare bekerjasama dengan pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan NGO) dalam usaha menyalurkan bantuan kepada mereka yang kurang bernasib baik dan ditimpa kesusahan.Diantara misi yang telah berjaya dilaksanakan adalah  Misi Bantuan Banjir Pahang iaitu sekitar Kuantan & Pekan bertujuan menyalurkan sumbangan bantuan makanan dan kelengkapan harian kepada mangsa mangsa banjir.

Platform sumbangan bakul makanan ini adalah bertujuan untuk memberi peluang dan akses kepada individu yang mahu menyalurkan sumbangan dan turut serta berganding bahu memberi makan kepada keluarga dan individu asnaf. Sumbangan akan disalurkan kepada akaun bank Yayasan (PEACE) dan akan disalurkan kepada penerima sumbangan dalam bentuk pakej bakul makanan.

“Tidaklah sedekah itu mengurangi harta kita ” (HR Muslim)

Salurkan sumbangan anda dengan menyumbang melalui pakej bakul makanan dibawah: 

Pakej mengandungi : Sardin, Beras Special Tempatan, Tepung Gandum, Kicap Lemak, Bihun.

Pakej Mawaddah

Pakej mengandungi : Beras, Santan, Minyak Masak, Sos Tiram, Sos Cili, Kicap, Mee Segera, Susu Pekat.

Pakej Rahmah

Pakej mengandungi : Cili, Lobak, Kobis, Bendi, Tomato, Ayam, Bawang Merah & Putih.


Pakej Maghfirah

Pakej mengandungi : Gula, Garam, Minyak Masak, Biskut, Bihun, Santan, Sardin, Mee Segera, Beras, Susu, 

Pakej Najah